EAASUghQprW0BOyZCdw6rSavQfsIFPtYK5CIjBJbhvqQ8cfv3mhM8594quttPzZAXCdpmI4ufbksNYZALLdnXEdcc37WnCK8ZCxZAkGBVSx5pKPQbwrZB8ZBYqQJyJksadxb9hBRB0pt2VKS9QcsZCwDoTFZBG5NPDjM194eQfZBLznBnX15ySWIUixj4pj17LhOAaaZAAZDZD
SEDEKAH PEMBUKA PINTU REZEKI

''ALHAMDULILLAH, HASIL SUMBANGAN ANDA YUPI MAKIN PULIH DAN BERTAMBAH SIHAT .''




Alhamdulillah berkat sumbangan orang
ramai, kami telah berjaya menyiapkan Pusat
Perlindungan Haiwan Terbiar yang berada
di Kg Raja, Besut, Terengganu yang
berkeluasan 2 ekar.

Kucing-kucing jalanan di kawasan bandar-bandar, telah kami selamatkan dan tempatkan di sana secara berperingkat, jumlah akan bertambah dari semasa ke semasa, mengikut kekuatan dana yang kami ada. Dengan adanya shelter ini, kami berharap dapat membantu lebih banyak haiwan jalanan di luar sana.


Marilah kita merancang bagaimana ingin mendapatkan saham pahala berterusan walaupun kita telah tiada di dunia ini.

Saudara dan saudari semua,
 
Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan.
Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.

Riwayat Muslim (1955)

PERNAHKAH ANDA TERFIKIR ?

  • Bagaimana anak kucing yang tinggal keseorangan ditempat yang tidak dikenali tanpa ibu bapa ?
  • Bagaimana Si Kecil ini makan dan minum(susu) untuk teruskan hidup ?
  • Bagaimana Si Kecil ini tidur di waktu malam yang hujan kesejukan tanpa dinding ?





Moga asbab bantuan anda dapat menyelamatkan kucing-kucing dan anjing yang bernasib malang dapat meneruskan hidup.



Adab dan akhlak yang perlu diamalkan terhadap haiwan dan binatang ialah:
Memberinya makan dan minum apabila haiwan itu lapar dan haus, kerana Rasulullah s.a.w bersabda :
"Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) itu terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadaNya)" (Riwayat Bukhari no. 2363)



SIAPA KAMI ? 

Kami, PERTUBUHAN BANTUAN HAIWAN PRIHATIN MALAYSIA (PBHPM) ditubuhkan untuk membela nasib haiwan-haiwan yang kurang bernasib baik seperti kucing terbiar dan anjing jalanan.

Kebiasaanya, haiwan-haiwan ini dipandang sebelah mata sahaja. Namun, pada hakikatnya ada diantara haiwan ini telah diseksa dengan teruk seperti dijirus air panas, dipotong kaki dan sebagainya. Ada diantara mereka alasan seperti, haiwan ini menggangu ketenteraman awam, merosakkan perniagaan dan sebagainya.

Persoalannya, di manakah nilai kemanusiaan yang telah dianugerahkan Allah kepada kita ? Sanggupkah kita membiarkan perkara seperti ini berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan.


 MISI DAN VISI KAMI

Misi

  • Memberi makanan dan minuman kepada kucing jalanan yang kebuluran dan kelaparan
  • Memberikan rawatan dan ubatan kepada kucing jalanan supaya mereka sihat
  • Menyediakan Pusat Perlindungan haiwan terbiar untuk mereka berteduh dan menjalani kehidupan sempurna

Visi

  • Membela nasib haiwan jalanan supaya mereka dapat hidup bahagia seperti makhluk ciptaan tuhan yang lain
  • Mengawal populasi haiwan jalanan supaya lebih terancang
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat supaya menyanyangi haiwan jalanan






PEMBIAYAAN MAKANAN,UBAT-UBATAN & KOS RAWATAN SERTA PEMBINAAN SHELTER KEKAL 

Pihak kami sentiasa mengharapkan sumbangan anda berterusan supaya dapat menampung pembiayaan makanan,ubat-ubatan dan kos rawatan haiwan terbiar terutamanya anjing dan kucing jalanan.

1.Kami juga berbesar hati menggalakkan lebih ramai lagi yang menyumbang supaya usaha ini dapat diperluas ke negeri-negeri lain sehingga ke seluruh Malaysia inysaAllah

2.Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk fizikal seperti makanan kucing/kibbles atau ubat-ubatan untuk digunakan. Pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami untuk mengetahui keperluan semasa untuk meneruskan aktiviti ini. 

3.Oleh itu, pihak kami membuka peluang pahala amal jariah buat saudara saudari semua untuk sama-sama mengumpul saham akhirat bersama-sama.

INFO SEMASA AKTIVITI & USAHA BANTUAN HAIWAN PRIHATIN

Alhamdulillah, aktiviti ini telah berjaya dijalankan semenjak bulan April yang lalu sehingga kini, namun oleh kerana kekurangan dana aktiviti ini terpaksa dihentikan. Ekoran masalah ekonomi Negara rentetan virus COVID-19, ia bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malahan haiwan terbiar/ jalanan seperti anjing dan kucing turut terkesan. 
 
Perkara ini dapat dilihat apabila terdapat banyak kucing dan anjing jalanan mati kelaparan. Haiwan ini bergantung 90% makanan daripada manusia selain memburu makanan sendiri. Apabila PKPP dijalankan, haiwan ini kehilangan punca makanan dan seterusnya mati kelaparan. 
 
Kami mengambil inisiatif ini untuk turun ke padang dan membantu memberi bantuan makanan, ubat-ubatan dan kos rawatan bagi yang memerlukan. Selain membantu anda mengumpul saham akhirat yang berpanjangan.
 
Sesungguhnya seekor kucing itu datang dengan Malaikat yang membawa rezeki. 
 
Kami mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar kehidupan tuan puan dilimpahkan dengan rezeki yang berkat dan sentiasa berada dalam kesihatan yang baik. Amin.


PEMBIAYAAN MAKANAN, UBAT-UBATAN & KOS RAWATAN SERTA PEMBINAAN SHELTER 

Pihak kami sentiasa mengharapkan sumbangan anda berterusan supaya dapat menampung pembiayaan makanan, ubat-ubatan dan kos rawatan haiwan terbiar terutamanya anjing dan kucing jalanan.

Kami juga berbesar hati menggalakkan lebih ramai lagi yang menyumbang supaya usaha ini dapat diperluas ke negeri-negeri lain sehingga ke seluruh Malaysia inysaAllah

Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk fizikal seperti makanan kucing/kibbles atau ubat-ubatan untuk digunakan. Pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami untuk mengetahui keperluan semasa untuk meneruskan aktiviti ini. 

Oleh itu, pihak kami membuka peluang pahala amal jariah buat saudara saudari semua untuk sama-sama mengumpul saham akhirat bersama-sama.




ANTARA GAMBAR SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN


TAHUKAH KAMU, KADANG MEREKA TIDUR KERANA PERUT KENYANG, TETAPI MENAHAN PERIH YA PERUT KOSONG


PUSAT PERLINDUNGAN KUCING TERBIAR TERBESAR BAKAL DIBINA

Alhamdulillah berkat hasil sumbangan anda, Pihak kami telah membeli tanah seluar 2 Ekar di Kampung Raja, Besut, Terengganu untuk dijadikan Sebagai Pusat Perlindungan Kucing Terbiar.

Kami mengharapkan sumbangan anda berterusan bagi menjayakan Pusat ini yang boleh menampung ribuan ekor kucing supaya terbela dan terjaga.

Kami juga meminta rujukan dan pandangan dari pakar-pakar dari Jabatan Veterinar Terengganu, Fakulti Perubatan Veterinar UMK, sukarelawan dan pengusaha-pengusaha 'shelter' yang lain.


JUMLAH SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN

Anggaran keseluruhan sumbangan adalah sebanyak RM100,000.00 yang meliputi makanan, kos ubat-ubatan dan kos rawatan kucing/anjing terbiar yang berterusan dan termasuk pembinaan Pusat Perlindungan Kucing Terbiar di atas tanah seluas 2 Ekar.

Jika berkesempatan, kami, Pertubuhan Bantuan Haiwan Prihatin juga ingin membuka peluang untuk menjadi sukarelawan dari pelbagai negeri. Namun kerana kekurangan dana, misi ini hanya dapat dijalankan di beberapa kawasan sahaja..

*Selebihnya akan digunakan bagi membiayai kos pembinaan Pusat Perlindungan Kucing Terbiar di Kampung Raja, Besut, Terengganu.


Bagaimana anda boleh membantu?

Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut keperluan seperti di bawah:



Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.



Penafian: 

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada BANTUAN HAIWAN PRIHATIN. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 01153378003 (Bantuan Haiwan Prihatin)

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
SUMBANGAN SEIKHLAS HATI - RM10
MAKANAN & RAWATAN HAIWAN TERBIAR - RM40
KOS RAWATAN & UBAT-UBATAN HAIWAN TERBIAR - RM50
PENUBUHAN PUSAT PERLINDUNGAN HAIWAN TERBIAR - RM100
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN