
Alhamdulillah berkat sumbangan orang
ramai, kami telah berjaya menyiapkan Pusat
Perlindungan Haiwan Terbiar yang berada
di Kg Raja, Besut, Terengganu yang
berkeluasan 2 ekar.
Kucing-kucing jalanan telah kami selamatkan dan
tempatkan di sana secara berperingkat,
jumlah akan bertambah dari semasa ke
semasa, mengikut kekuatan dana yang kami
ada. Dengan adanya shelter ini, kami
berharap dapat membantu lebih banyak
haiwan jalanan di luar sana.
Adab dan akhlak yang perlu diamalkan terhadap haiwan dan binatang ialah:
Memberinya makan dan minum apabila haiwan itu lapar dan haus, kerana Rasulullah s.a.w bersabda :
"Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) itu terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadaNya)" (Riwayat Bukhari no. 2363)
"Barangsiapa yang tidak belas kasihan nescaya dia tidak akan dibelaskasihani" (Riwayat Bukhari no.5997, Muslim no. 2318)
ارحموا من فى الاض ير حمكم من فى السماء
"Kasihanilah siapa yang ada di bumi ini, niscaya kalian dikasihani oleh yang ada di langit" (Riwayat At-Tirmizi no.1924)
Marilah kita merancang bagaimana ingin mendapatkan saham pahala berterusan walaupun kita telah tiada di dunia ini.
SIAPA KAMI ?
Tak ramai yang tahu mengenai kewujudan 'kami', yang mengambil berat perihal kucing terbiar dan anjing jalanan. Kami, BANTUAN HAIWAN PRIHATIN ditubuhkan untuk membela nasib haiwan - haiwan yang kurang bernasib baik seperti kucing terbiar dan anjing jalanan.
Kebiasaanya, haiwan – haiwan ini hanya dipandang sebelah mata sahaja. Namun, pada hakikatnya ada diantara haiwan ini telah diseksa dengan teruk seperti dijirus air panas, dipotong kaki dan sebagainya.
Persoalannya, di manakah nilai kemanusiaan yang telah dianugerahkan Allah kepada kita ? Sanggupkah kita membiarkan perkara seperti ini berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan ?

INFO SEMASA AKTIVITI BANTUAN HAIWAN PRIHATIN
Alhamdulillah, aktiviti ini telah berjaya dijalankan semenjak bulan April yang lalu sehingga kini, namun oleh kerana kekurangan dana aktiviti ini terpaksa dihentikan. Ekoran masalah ekonomi Negara rentetan virus COVID-19, ia bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malahan haiwan terbiar/ jalanan seperti anjing dan kucing turut terkesan.
Perkara ini dapat dilihat apabila terdapat banyak kucing dan anjing jalanan mati kelaparan. Haiwan ini bergantung 90% makanan daripada manusia selain memburu makanan sendiri.
Kami mengambil inisiatif ini untuk turun ke padang dan membantu memberi bantuan makanan, ubat-ubatan dan kos rawatan bagi yang memerlukan. Selain membantu anda mengumpul saham akhirat yang berpanjangan.
SIJIL RASMI PENDAFTARAN PERTUBUHAN BANTUAN HAIWAN

PEMBIAYAAN MAKANAN,UBAT-UBATAN & KOS RAWATAN
Pihak kami sedang mengumpul dana bagi pembiayaan makanan, ubat-ubatan dan kos rawatan yang bakal digunakan oleh sukarelawan untuk disalurkan kepada haiwan terbiar seperti anjing dan kucing jalanan.
Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk makanan kucing/kibbles atau ubat-ubatan untuk digunakan. Pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami untuk mengetahui keperluan semasa untuk meneruskan aktiviti ini.
Oleh itu, pihak kami membuka peluang pahala amal jariah buat saudara saudari semua untuk sama-sama mengumpul saham akhirat bersama-sama.
ANTARA GAMBAR SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN



TAHUKAH KAMU, KADANG MEREKA TIDUR BUKAN KERANA PERUT KENYANG, TETAPI MENAHAN PERIH YA PERUT KOSONG.
Bagaimana anda boleh membantu?
Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut keperluan seperti di bawah:
+ PENUBUHAN PUSAT PERLINDUNGAN HAIWAN TERBIAR (SHELTER CENTRE) - RM100
+ KOS RAWATAN & UBAT-UBATAN HAIWAN TERBIAR - RM50
+ MAKANAN HAIWAN TERBIAR - RM40
+ SEIKHLAS HATI - RM10
Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.
UNTUK INFO LEBIH LANJUT
Penafian:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada BANTUAN HAIWAN PRIHATIN. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 01153378003 (Bantuan Haiwan Prihatin)